Saturday, February 28, 2015

Raikan Minat Anak Kita

Apai (nama gelaran anak saya) telah memecahkan rekod pribadi dgn ikan pertama yg berjaya dipancing dlm hidupnya pd 26/5/2014 jam 5.56pm
spesis : tilapia bunga
nama saintifik : Oreochromis niloticus
berat : 30 gram
lokasi : bekas lombong bijih timah d kamunting taiping 
mesin : shimano catana 4000
rod : lemax
balingan : floating
umpan : anak udang

catch and release

Naufal sudah pandai memancing


Jangan Malu Untuk Menjual

Malu merupakan batu penghalang yang paling popular di kalangan usahawan yang baru naik.
Malu untuk bertanya..
Malu untuk bercakap..
Malu untuk menjual..

Mari kita lihat ke belakang. Masa kecil-kecil dahulu, kita sering lihat benggali jual kain/karpet dengan hanya menaiki motor, basikal dan sanggup bersusah payah masuk ke ceruk kampung, memberi hutang kepada pembeli dan lain-lain.
Kini di manakah mereka? Ya, berkat tidak tahu erti malu dalam berbisnes, mereka kini telah punyai kedai-kedai perabot besar, pemborong kain nan lain-lain.
Mereka berjaya di negeri orang. Kita masih di takuk lama, menjadi pembeli tegar barangan mereka

Bisnes tudung online

Kaya Akan Datang Setelah Mahir Berniaga

Berniagalah sekali pun anda telah kaya
- hassan Al Banna

Allah Sudah Tulis Setiap Inci Rezeki Anak Kita

Pagi tadi semasa menghantar Naufal dan Athiyyah (my beloved son & daughter) ke rumah pengasuh, terlihat anak-anak kecil dihantar ke taska, terlintas untuk menulis tentang :

Ya Allah Jadikanlah Saya Kaya Seperti Kayanya Hati Rasulullah

Kejayaan dalam berniaga tidak boleh ditimba melalui buku. Ia tiada dalam mana-mana buku. Mungkin ada, itupun sekitar cerita bagaimana dia mula-mula susah, berusaha dan akhirnya berjaya.
Skill berniaga, teknik berniaga, cara berniaga? Jarang diceritakan dalam buku 100%. Yang ada mungkin ideologi tetapi bukan praktis. Praktisnya ada di mana? Hanya ada dari pengalaman.

Apakah Makna Kekayaan?

Kaya bukanlah diukur kepada sifir di bawah ;
a) ada RM 1 juta = jutawan
b) ada RM 100k = hartawan
c) ada RM 1 = papa kedanawan

Friday, February 27, 2015

Didik Anak Anda Berniaga Sejak Daripada Kecil

Didik anak anda berniaga sejak daripada kecil... Kenalkan kepada dia apa itu jual beli... Fahamkan dia duit tidak datang dari poket mak ayah, duit boleh datang poket mereka sendiri... Latih anak anda nilai 10 sen sehingga seringgit... Lakukan transaksi jual beli di rumah atau paling kurang sistem barter (tukar barang atas dasar suka sama suka) antara ibu bapa dan mereka.. Praktikalkan dia sifat ingin berkongsi barang milik peribadi, sifat ingin belanja kawan-kawan, sifat pemurah meminjamkan barang peribadi dan lain-lain.

Pernah Kita Lihat Anak Bergaduh Kerana Berebut Nak Jaga Mak Ayah?

Di surau tadi bertemu dengan seorang rakan seusaha yang baru pulang dari berkhidmat untuk neneknya yang baru pulang ke rahmatullah ahad lalu. Alhamdulillah katanya kerana sempat diberi masa, kesempatan serta dipilih Allah untuk berkhidmat seminggu penuh full swing untuk aruah neneknya yang telah membesarkannya semenjak usianya setahun. Katanya, kalaulah diberi cuti, mahu sahaja dia menghabiskan waktu seberapa lama yang mungkin untuk berkhidmat kepada orang yang telah mencurahkan kasih sayang membesarkannya dari kecil sebelum hari terakhirnya di muka bumi Allah.

Bagi Saya Kaya Adalah Masa Bahagia Bersama Family

Sy da amalkn sejak lama dulu smpai bos selalu perli sy, "executive kena balik lambat, buat kerja lebih masa dll"..sy selalu langgar 'perlian' itu..cukup masa, buat muka bodoh, thumb print. Datang tepat, balik tepat... Bos perli, sy jwb, sy ada family yg bernyawa, bkn robot (jwapan smbil berseloroh).

Thursday, February 26, 2015

Bisnes Maharaja Lawak Mega

Siapa penah join MLM? Ia bukan maharaja lawak mega. MLM adalah short form kepada Multi Level Marketing. Sy pun pernah join MLM masa belajar dulu kerana keinginan yang kurang cerdik untuk kaya cepat seboleh-bolehnya keesokkan harinya.

Bisnes Bukan Hanya Berkisar Tentang Untung dan Rugi

Dalam bisnes ada beberapa perkara yg perlu diambil perhatian. Pertama usaha dan komitmen kita utk survival mengembangkan bisnes. Ia merangkumi segala idea, tenaga dan taktikal utk bersaing dan bertahan dalam dunia perniagaan. Tidak kisahlah perniagaan itu perniagaan online, pasaraya, kedai runcit dll.

10 Tip Didik Anak Yang Anda Perlu Tahu

Sy pernah post 1 artikel sebelum ini berkenaan 1 famili yg sy kira agak menabjubkan. Mana tidaknya, anaknya yg berumur baru 2 tahun 3 bulan sudah pandai membaca dan mengeja perkataan sehingga 3 suku kata. Rata-rata anak-anak sekitar 2 tahun hanya pandai melantunkn ABC dan Alif Ba Taa. Itupun sekadar nyanyian dan hafalan. Mereka tidak kenal lg huruf-huruf. Kalau disusun terbalik dr Z hingga A, sudah tentulah mereka pun terbalik bersama.

Bagaimana Mendapat Keberkatan Dalam Meraih Rezeki

"Saya beli kereta untuk pergi kerja untuk bayar kereta"
"Saya pergi kerja untuk keluarga tapi saya tiada masa untuk keluarga"

kedua-dua post/komen ini sy terlihat di post tulisan Zizei Azli dan Hanif Karim (mohon ceduk dan copy)
Benar. Hari ini berapa ramai manusia yang terikat dengan hutang. Belum bekerja lagi sudah berhutang. Saya pelajar lulusan UiTM juga telah berhutang sebaik sahaja kaki saya keluar dari Dewan Agung Tunku Canselor UiTM Shah Alam selepas dinobatkan graduan kejuruteraan mekanikal. Hutang saya tak banyak, cukup sekadar untuk membeli cash Proton Persona 1.5 ataupun membayar muka BMW i8. Ia adalah hasil pinjaman saya dengan PTPTN untuk 2 program yang sy kahwini iaitu diploma mekanikal dan ijazah mekanikal.

Tukar Profesyen Jurutera Kepada Technician Untuk Jaga Anak

Lewat ptg semalam sy ke pejabat poslaju Bangi atas urusan mengepos barang pelanggan. Masya Allah ramainya manusia seperti terasa pejabat poslaju sedang buat happy hour je.
Sebelah sy, terdapat sorang kakak dalam lingkungan 30-an bersama 2 orang anaknya yg sedang berlari2 dalam pejabat pos seperti Watson Nyambek yg cuba memintas Usain Bolt. Kakak tersebut memarahi anaknya, namun anaknya buat muka derk sahaja seolah-olah betul-betul berada di dalam trek pecut 100 meter stadium Bukit Jalil.

Monday, February 23, 2015

Pemikiran Unik Bos Saya yang Perlu Ada Pada Semua Orang

Siapa sedang ataupun pernah mempunyai bos yg cengih, kalut, panas baran dll? Saya mempunyai beberapa org bos sebelum ini. Rata2 bos sy semuanya kalut, cepat gelabah, panas baran dan panik bila berdepan dengan situasi cemas, breakdown, masalah x settle dll. Kebanyakan bos sy ini juga poyo bila mendapat pujian dari client2 sedangkan pujian2 itu bukan hasil usahanya, tapi sumbangan org bawahan seperti technician, admin dan buruh kasar yang bertungkus lumus siang dan malam untuk mejayakan sesuatu kerja.