Kaya bukanlah diukur kepada sifir di bawah ;
a) ada RM 1 juta = jutawan
b) ada RM 100k = hartawan
Kaya diukur selagi mana di dalam hati tiada keinginan untuk kaya, itulah kaya. Saya ada seorang sahabat yang kaya, John nama samarannya. Namun kayanya bukanlah menggunakan sifir di atas.
Dia tiada duit dalam akaun simpanan, namun dompetnya tidak pernah kering. Rumahnya tidaklah besar namun dia tidak pernah mengidam duduk rumah besar. Kereta pun pakai kereta isteri, namun tidak pernah mengidam nak pakai keteta Honda. Rumahnya di Shah Alam, namun kalau turun ke jalan TAR, sahaja-sahaja tidur hotel meraikan isteri dan anak. Bila peminta sedekah meminta note biru muda (polimer), diberinya note hijau tua (kertas).
Dalam hatinya tiada keinginan untuk kaya raya, namun hatinya memiliki sifat yang orang kaya tiada. Dalam hatinya tiada kekesalan bila rugi berniaga. Dalam hatinya tidak pernah kisah tentang banyak atau sikit, untung atau rugi. Duit tiada dalam hatinya. Kawan-kawan dibelanjanya. Isteri dan anak diraikannya.
Kita? Dengan sedara mara sedarah sedaging pun berkira. Ini bukan kaya walaupun harta setinggi menara. Kaya duduk dalam jiwa, harta tiada dalam dada, pemurah dan tidak berkira itulah orang yang kaya.
Orang yang mempunyai duit RM 1 juta yang menyedekahkan RM 10k tidak dapat menandingi orang yang mempunyai rm10 tapi menyedekahkan rm9. Sebabnya, di dalam hati orang yang mempunyai RM 1 juta tadi masih mempunyai rm990 k namun orang yang mrmpunyai rm 10 tadi dalam hatinya hanya duduk rm1.
Kita duduk dimana?
Saya masih duduk di bawah jambatan lebuhraya MEX sambil menunggu bila hujan nak berhenti.
Fadzil Khairi 22/12/2014 22:15
![]() |
Plastik dipenuhi tudung |
No comments:
Post a Comment