Monday, February 23, 2015

Pemikiran Unik Bos Saya yang Perlu Ada Pada Semua Orang

Siapa sedang ataupun pernah mempunyai bos yg cengih, kalut, panas baran dll? Saya mempunyai beberapa org bos sebelum ini. Rata2 bos sy semuanya kalut, cepat gelabah, panas baran dan panik bila berdepan dengan situasi cemas, breakdown, masalah x settle dll. Kebanyakan bos sy ini juga poyo bila mendapat pujian dari client2 sedangkan pujian2 itu bukan hasil usahanya, tapi sumbangan org bawahan seperti technician, admin dan buruh kasar yang bertungkus lumus siang dan malam untuk mejayakan sesuatu kerja.

Namun dalam beberapa orang bos saya ini, hanya seorang bos sahaja yg saya "respect". Dia punyai pemikiran yg berbeza daripada bos-bos saya yg lain yg begitu mengagungkan jawatan bosnya serta mewujudkan gap sebagai bos dan pekerja. Hari pertama sy bekerja di bawahnya, dia terus ajak sy mengopi sambil bertanya kepada sy, "Fadzil apa matlamat awak bekerja di sini?". Sy pn menjawab mengikut standard jawapan poyo dan munafik yg selalu sy lihat dalam slot cerekarama tv3, "sy bekerja untuk memacu syarikat kita ke arah syarikat yg unggul, maju, berdaya saing serta mampu menongkah arus seperti syarikat gergasi dan multinational company di luar sana".

Sy merasakan jawapan itu padat, poyo dan menepati citarasa kebanyakan bos2 poyo di luar sana. Namun sangkaan sy meleset. Bos sy ini bukan poyo dan tidak gemar dibodek dgn ayat2 poyo seperti dalam filem Suamiku Mr Poyo (filem ini akan keluar di tv3 setelah novelnya siap dicetak dan mencapai novel Best Seller). Dia beritahu sy, "kalau semua enginneer mempunyai idealogi dan wawasan mcm ni, sampai bila laa kita takkan maju". Sy tergamam... Rupa-rupanya,bos sy ini bukan poyo seperti bos-bosku yg lain. Pemikirannya betul-betul menongkah arus.


Idealogi filem beri inspirasi kepada saya

Bos sy ini beritahu, kita kena ubah visi dan ideologi graduan hari ini. Rata-rata dari mereka belajar utk dapat result yang baik supaya ia dicatat di atas sehelai kertas dan kertas itu boleh dibawa ke mana sahaja untuk mencari pekerjaan. Ya, saya dulu pun mempunyai pemikiran seperti ini. Mungkin ramai lg yg mempunyai pemikiran yg sama di luar sana. Bos sy ini, pemikirannya sedikit unik. Pemikirannya ala-ala pemikiran Ranchoddas Shamaldas Chanchad dalam filem education terbaik, 3 Idiots lakonan Aamir Khan yang mendapat anugerah filem terbaik hindi sepanjang zaman.

Bos sy kata kita ilmu yg kita belajar di universiti bukan digunakan untuk mendapat kerja yg baik. Ilmu ini supaya kita belajar untuk hidup dgn baik. Ramai hari ini org yg tidak punyai kerja yg hebat, tetapi hidupnya lebih baik dari kita yg bergaji 5 angka sebulan. Orang-orang ini dihormati, menjadi tempat rujukan dan namanya dikenali penghuni langit. Visi bos sy mudah dan sy kagum dengannya. Dia kata, sijil Diploma dan Ijazah yg digunakan untuk mencari kerja adalah sijil2 biasa. Carilah sijil2 yg buatkan org cari kita utk bekerja. Org bayar kita gaji hasil kelebihan kita dalam 1-1 ilmu. Bila kita cari ilmu utk bekerja dgn org, maka kita akan jadi hamba kepada pekerjaan itu atau dalam kata lain macai company. kita perlu patuh itu dan ini yg keluar dr mulut bos walaupun ia bertentangan dgn keputusan kita. Bos sy punyai sijil2 competent dlm bidang kejuruteraan elektrik. Org cari dia kerana ilmu yg ada pada sijilnya. Orang atasan akan ikut keputusan beliau, bukan beliau ikut keputusan org atasan. Sifatnya yg tenang, mukanya muka tembok seteguh tembok China, hatinya kental dan keras sekeras titanium dan tidak kalut dpn masalah buatkan dia dicari2 company besar utk digunakan sbg benteng hadapan bertemu dgn client2 yg jahat dan kejam seperti Fliza (watak jahat kartun zaman aku kanak2 riang ria rejoice, Dragon Ball).

Soalan kedua bos sy kepada sy, "apa impian atau matlamat terakhir awak dalam bekerja? setelah mengetahui jawapan pertama sy salah, sy cuba mengubah sedikit jawapan sy, "saya nak jadi perdana Menteri, bos." Jawapan itu membuatkan dia tersenyum, lalu berkata,"jangan, nanti 27 juta orang rakyat Malaysia akan tuntut hak kat hang di hari akhirat, mampuih keras hang kat sana". Bos sy bagitahu, hari ini ramai yg bercita-cita untuk jadi bos besar atau ketua department atau pengarah atau wakil rakyat dll. Tapi berapa ramai yang bercita-cita untuk buka company sendiri dan wujudkan peluang pekerjaan kepada org lain. Rata-rata mahu makan gaji sampai mati. Dah sampai umur 5 series, kuarkan duit KWSP atau nikmati duit pencen dan tidak beri sumbangan apa-apa pada masyarakat. Kalau kita bercita-cita nk wujudkan company n beri pekerjaan kepada org lain, manfaatnya bukan sekadar di sini,malah terus berjalan walaupun kita telah mati.

Banyak lg yg sy sukakan sifat bos sy ni. Sy catatkan sedikit sebanyak semoga pembaca2 di luar sana boleh tag FB bos mereka atau jadikan inspirasi bila nak jadi bos nnt. Bos sy ni sangat menggalakkan staf bawahannya buat bisnes. Katanya, nnt kalu company bankrupt atau habis kontrak atau x dapat tender dll, at least anda tidak kalut mencari dana untuk survive dalam hidup nk bayar hutang itu ini, beli itu ini. At least, kalau anda dibuang kerja sekalipun, anda tak risau kerana ada bisness backup.

Next bila hasil kerjanya dipuji client, bos sy ini akan beritahu ini bukan hasil kerjanya. Ini adalah titik peluh staf2 sy, engineer sy, technician sy, buruh sy dll. Dia juga akan sedaya upaya untuk backup org bawahan bila mana org bawahan disalahkan untuk sesuatu isu. Katanya, org bawahan dan sy adalah sama, kami satu team 1 keluarga, pahit manis bukan sorang-sorang rasa, sama-sama kita kongsi. 1 sifat yg jarang ada pada mana-mana bos sy yg lain adalah sifatnya yg sangat merendah diri dan suka belajar dengan technician. Dia tidak mewujudkan gap antara bos dan pekerja. Bila pekerja ada buat masalah, dia tidak hanya dengar pada 1 pihak yg selalunya sering jadi batu api. Dia akan bawa berbincang dan cuba selesaikannya. Marah dan surat amaran adalah jalan terakhir jika perkara itu gagal dibincang secara diplomasi.

Bos sy ini adalah En. Wan Ahmad. Orangnya sempoi, tenang dan mempunyai visi yg unik serta pemikiran bisnes yang sgt kuat. Semoga saya dapat mengikuti jejak langkahnya kelak.

Bos bergerak bersama staff yang dipimpinnya

No comments:

Post a Comment