Thursday, February 26, 2015

Bisnes Bukan Hanya Berkisar Tentang Untung dan Rugi

Dalam bisnes ada beberapa perkara yg perlu diambil perhatian. Pertama usaha dan komitmen kita utk survival mengembangkan bisnes. Ia merangkumi segala idea, tenaga dan taktikal utk bersaing dan bertahan dalam dunia perniagaan. Tidak kisahlah perniagaan itu perniagaan online, pasaraya, kedai runcit dll.

Kedua hubungan bisnesman (sebagai seorang hamba) dgn Allah penciptanya, pengatur rezekinya, penjamin kelangsungan bisnesnya dan tempat sandarannya. Masa yg diberi sebagai seorang hamba utk mentaati perintah2 Allah dalam kesibukan kita menguruskan perniagaan.

Kwn sy yg sudah memulakan bisnesnya memberitahu sy yg dia sangat sibuk dgn bisnes yg sedang rancak dan tiada masa utk agama...katanya mahu shj dia upah pekerja untuk uruskan bisnesnya supaya dia dapat bg masa utk agama.

Sy bgtau dia ini bkn pemikiran seorang bisnesman berjaya. Bisnesman berjaya mesti mempunyai pemikiran daei. Seorang daei tidak kisah dlm apa shj bidang yg diceburi, dia akan usaha beri masa untuk agama bersama-sama org sekitar atau bawahannya. Klu org buatkan kerja dunia utk kita supaya kita boleh tumpukan kerja agama, bagaimana pula hubungan pekerja kita dgn Allah? Pekerja atau bisnesman yg tiada hubungan dgn Allah adalah sia-sia kerana tiada bantuan Allah bersama mereka.

Sy pn buat bisnes kecil2lan. Bisnes kecil-kecilan sy pun diuji dgn pembahagian hak Allah, hak family dan hak customer. Bagaimana pula dengan bisnes2 besar yg melibatkan pulangan 5-6 angka saban bulan? Ujian ini merangkumi hak hamba dgn Allah seperti solat, zikir, quran, doa dll. Adakah semakin kurang kuantiti ibadah kita dgn Allah selepas memulakan bisnes? Kedua hak customer yg perlu dijaga dalam memastikan kepuasan ht mereka terhadap servis dan produk. Yg ketiga adalah hak family dalam memastikan masa yg kualiti brsama mereka masih dikekalkan.

Sy kagumi org2 yg dapat penuhi ke3-3 hak ini dalam kehidupan seharian mereka sebagai bisnesman, ahli keluarga dan hamba Allah. Ia bukan semudah apa yg ditulis di sini.

Bisnes bukan hanya berkisar tentang untung dan rugi. Isteri sy pernah bercerita 1 kisah ketika dia membeli ikan di pasar tani Putrajaya. Waktu itu sekitar jam 4.45 ptg. Sewaktu isteri sy sedang memilih ikan daripada seorang peniaga, tiba-tiba azan asar dr Masjid Tuanku Mizan berkumandang. Peniaga tersebut meminta isteri sy agar segera memilih ikan. Sebaik shj membayar, peniaga tadi terus meninggalkan ikan-ikannya dan juga customer2 yg masih lg membelek2 ikan di mejanya lalu terus menuju ke masjid menunaikan solat Asar. Inilah contoh peniaga yg menunaikan hak Allah dikala peniaga lain masih sibuk dgn aktiviti jualan masing2. Isteri sy beritahu sy, nasib baik dia dah ada sy. Kalau tak, akan dipikatnya peniaga ikan itu.

"Berniagalah sekalipun kamu telah kaya" - imam Hassan Al Banna

21022015


Perniagaan online mudahkan pelanggan

Belajar bisnes





No comments:

Post a Comment