Saturday, February 28, 2015

Allah Sudah Tulis Setiap Inci Rezeki Anak Kita

Pagi tadi semasa menghantar Naufal dan Athiyyah (my beloved son & daughter) ke rumah pengasuh, terlihat anak-anak kecil dihantar ke taska, terlintas untuk menulis tentang :
"Sistem pendidikan di Malaysia".
Di Malaysia, anak-anak akan diajar keseluruhan subjek baik dari bahasa, kira-kira, sains, geografi, sejarah, kewangan, seni dan lain-lain subjek. Kesemua ini diajar dari sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah. Ya perkara ini baik untuk kehidupan anak-anak. Anak-anak akan jadi pandai dalam semua perkara dan sesuai jadi perdana menteri bila dewasa kerana perdana menteri perlu bijak dalam semua bidang.
Namun di satu-satu negara, adakah perdana menterinya lebih daripada seorang? Tidak.
Mari kita lihat ke barat. Bukan saya mahu agungkan mereka, tetapi perkara-perkara yang baik, boleh diambil iktibar. Di barat, mereka mengajar kesemua subjek hanya di peringkat sekolah rendah. Kemudian anak-anak akan diasingkan mengikut apa yang mereka minat, kamahiran apa yang mereka ada, bakat apa yang mereka lebih, hobi apa yang mereka suka dan apa yang mereka mahu jadi bila besar.
Hal ini dilakukan disebabkan anak-anak tidak dilahirkan bijak dalam semua perkara. Namun pasti dan pasti setiap anak ada kelebihan masing-masing. Di barat, kelebihan setiap anak ini akan diasah, dimahirkan lagi, dilatih dan dimantapkan sehingga anak tadi betul-betul professional dalam bidang itu.
Sebab itu bilangan menteri-menteri kabinet di barat sedikit berbanding jumlah menteri-menteri di Malaysia dan sebab itu jugalah tenaga professional mereka tinggi berbanding tenaga pakar di Malaysia. Lihat, siapa pelopor formula 1, siapa pelopor bisnes, siapa pelopor bola sepak, siapa pelopor bidang teknologi dan lain-lain.
Di negara kita, harapkan sumber petroleum sahajalah negara kita terkenal sebab mampu bina KLCC. Pemain badminton negara pun harapkan Dato LCW seorang, tiada pelapis. Di Thailand, pemain sepak takraw yang boleh buat servis kuda bukan seorang, berpuluh-puluh orang. Sama seperti jepun yang mula naik dalam badminton. China apatah lagi.
Mengapa semua ini berlaku? Ya sebab kita membesarkan anak kita mengikut apa yang kita mahu dia jadi. Pernah kita terfikir apa dia mahu jadi bila besar? Yang kita mahu dia jadi hanyalah doktor, peguam, engineer dan lain-lain jawatan yang mahsyur dan ternama Serra bergaji bear. Sebab itulah ramai hari ini graduan-graduan kita masih mengangur sedangkan sudah 3-4 tahun grad dari universiti. Mereka tidak minat engineer tetapi diajar engineer sejak dari dalam perut ibu. Belajar hanya untuk exam dan memperolehi kerja yang baik, bukan sebab minat atau jauh sekali kerana Allah.
Belajar dari filem Hindustan "3 idiots". Sebuah filem education yang harus ditonton banyak kali terutamanya menteri pendidikan kita. Filem education yang sangat memberi erti pada saya.
P/s : anak kita hari ini umpama robot, mengikut apa sahaja yang diterap ibu bapanya. Di barat, orang yang hobinya pancing ikan pun boleh hasilkan rancangan televisyen memancing ikan dan pendapatannya sahaja melebihi gaji pemain bola sepak XYZ. Sebab apa? Sebab mereka mengasah apa yang mereka minat, bukan mak bapak mahu mereka jadi.
P/s kedua : Kalau anak kita minat tahfiz, ajarkan mereka tahfiz. Jangan risau pasal rezeki mereka di kemudian hari. Allah dah tulis setiap inci rezeki kita.
By : Fadzil Khairi, 24/11/2014, 1142 hrs

Hantar barang ke pos laju mencari rezeki

No comments:

Post a Comment