Sy da amalkn sejak lama dulu smpai bos selalu perli sy, "executive kena balik lambat, buat kerja lebih masa dll"..sy selalu langgar 'perlian' itu..cukup masa, buat muka bodoh, thumb print. Datang tepat, balik tepat... Bos perli, sy jwb, sy ada family yg bernyawa, bkn robot (jwapan smbil berseloroh).
Falsafah sy simple, gaji no2, life no 1.
Walaupun gaji besar, tp xda life, cuti pn kena ganggu, masa bersama family pn dikacau, dlm meting sering dibantai, dalam solat masih risau pasal kerja x siap...sy rela tinggalkan gaji tersebut..kerana mental sy tidak didesign utk gaji besar dan korbankan life sy.
Betul siapa xnak gaji besar. Bg sy, org yg bergaji besar tp tidak ada life, dia sebenarnya masih miskin. Dia tidak ada masa utk luangkan utk majlis agama, luangkn masa bersama family, meluangkan masa bersama hobi dll. Hidupnya dgn kerja. Bangun pagi g kerja, balik kerja malam hari. Cuti habiskan masa buat ot.. Bulan2 dpt gaji tinggi, beli keta mahal rumah mahal dll.. Adakah dia kaya? Nampak seperti kaya, tapi kehidupannya tidak kaya. Nikmat membawa kereta besar dan rmh mewah itu hanya digunakan utk seketika kerana masanya banyak dihabiskan utk mencari duit utk membayar 'kekayaan' nya itu
Bagi sy kaya adalah masa bahagia bersama family, tidak terikat dgn masa, cuti tidak diganggu, mental bebas dr tekanan, dapat melihat anak membesar, tidak syg utk gunakan duit, tidak risau duit makin sikit, Itulah kaya.
Bagi sy juga, kaya dunia diukur pada sejauh mana dia dapat mencari duit dlm keadaan dia menikmati kehidupannya. Kaya tersebut tidak membebani kehidupannya. Itulah kaya dunia. Kaya akhirat, selagi mana dia tidak meletakkan kekayaan dunia dalam hatinya, tidak risau banyak atau ckit, cukup sekadar mrmenuhi keperluannya dunianya tetapi risau dengan keperluan akhirat.
Kini sy bukan level executive lg.... Sy bebas mencari kewangan ikut gaya kehidupan yg sy suka. Ramai mencelah, buang masa hang blajar degree mekanikal dl, habis punoh duit harapan mak ayah hang.
Sy menjawab, benar dl sy mencari ilmu kerana nk kerja besar mcm tuan skang. Tp sy sedar, ilmu dicari bukan utk hidup senang. Ilmu dicari supaya ia menyenangkan sy utk keperluan hidup. Sy x pernah mengurangkan tanggungjwb sy pd ibu bapa malah melebihkan lg nilainya berbanding dahulu. Tanggungjwb kpd family pn tidak berubah.
Sy menikmati hidup sy. Kewangan yg kurang, tidak menentu, kdg2 kurang, kdg2 lebih tidak menghantui sy. Sifat ini akan datang bila anda belajar utk membuang 'tuhan duit' dr hati dgn berbagai cara. Cara sy, lawan arus pemikiran normal, kerja bawahan, cari life, di situ sy temukan kenikmatan hidup bukan pada nilai duit. Ia juga blh dtg dr family, hobi, kasih syg dll.
Sy da kaya, anda bila lg?
Kata ulamak "dunia ini umpama bayang2.. Makin dikejar bayang2 itu, makin jauh ia lari... Tetapi bila kita lari dr bayang2, ia sendri akan mengejar kita dalam keadaan tunduk dan hina.. Bayang2 itu ialah dunia"
Fadzil khairi
BCS PJH
26012015
![]() |
Masa kita sangat mustahak |
No comments:
Post a Comment