Thursday, February 26, 2015

Bagaimana Mendapat Keberkatan Dalam Meraih Rezeki

"Saya beli kereta untuk pergi kerja untuk bayar kereta"
"Saya pergi kerja untuk keluarga tapi saya tiada masa untuk keluarga"

kedua-dua post/komen ini sy terlihat di post tulisan Zizei Azli dan Hanif Karim (mohon ceduk dan copy)
Benar. Hari ini berapa ramai manusia yang terikat dengan hutang. Belum bekerja lagi sudah berhutang. Saya pelajar lulusan UiTM juga telah berhutang sebaik sahaja kaki saya keluar dari Dewan Agung Tunku Canselor UiTM Shah Alam selepas dinobatkan graduan kejuruteraan mekanikal. Hutang saya tak banyak, cukup sekadar untuk membeli cash Proton Persona 1.5 ataupun membayar muka BMW i8. Ia adalah hasil pinjaman saya dengan PTPTN untuk 2 program yang sy kahwini iaitu diploma mekanikal dan ijazah mekanikal.
Sebut pasal hutang memang seronok time meminjamnya. Hari ini org tak fikir impak hutang. Yang mereka fikir,"gaji aku banyak ni, berapa maksimum pinjaman aku blh buat ngn Bank Rakyat... Pendapatan aku banyak ni, brapa tingkat rumah aku boleh dapat... Kewangan aku banyak ni, berapa mewah kereta aku boleh beli. Simpanan aku banyak ni, berapa bini aku blh kahwin... (ops...)
Tidak dinafikan kita hidup dlm suasana hutang. Siapa mampu beli rumah cash? kereta cash? sy kenal seorang yg mampu beli rumah dan kereta cash tanpa hutang. Ya cash (tunai) tanpa hutang dan riba serta melibatkan bank atau mana-mana agensi along mahupun keluarga. Bukan sebab dia anak sultan johor mahupun menteri kewangan. Dia org biasa-biasa shj. Kerjanya cuma seorang polis level SPM. Dia ialah bapa saudara sy merangkap bapa kepada Nurul Shahida Abdul Halim, sepupu saya.
Macam mana dia blh beli rumah dan kereta cash? dia seorang bisnessman? dia menabung dr umur 2 tahun? dia dapat harta pusaka mak ayah? dapat duit insurans? Tidak... Ada beberapa faktor yg blh kita sama-sama ambil iktibar darinya.
Pertama, beliau bersifat qanaah (cukup terhadap apa yg dimiliki) dan sangat penyabar terhadap tarikan dunia. Dia membeli kereta cash pada usia 40an dan rumah cash pada usia 50an. Dia tidak peduli apa orang kata. Saya masih ingat semenjak dari sy kecil hinggalah sampai umur sy 20an, mereka masih pulang ke kampung dr Kedah ke Kuala Lipis hanya dengan menaiki bas beramai-ramai membawa beg-beg yg besar. Dia tidak peduli bersusah payah naik turun bas dr kedah ke KL kemudiannya ke pahang dengan membawa beg-beg yang besar bersama anak pinak.
Kedua dia sangat berkira dalam pembaziran. Sy pernah ke rumahnya pada usia 21 tahun. Isterinya (ibu saudara sy) menghidangkannya air milo. Air milo tersebut diminumnya pada waktu pagi namun masih berbaki sedikit. ya sedikit sahaja. Apabila sampai waktu petang, dia bertanyakan isterinya dimanakah air milo pagi td? Isterinya memberitahu bahawa air milo tersebut tinggal sedikit sahaja dan telah pun dibuang ke dalam sinki. Dia memarahi isterinya di atas pembaziran tersebut walaupun sedikit.
Ketiga ia adalah faktor berkat. Keberkatan ini sy tidak mampu menceritaknnya. Ia adalah rahsia Allah yg diberi kepada hambanya yg terpilih serta dekat padaNya. Ustaz kata gaji yg sedikit tapi mencukupi itulah berkat. Ulamak kata seorang guru yg masih mengadakan kelas tambahan, tuisyen dll semata-mata mencari duit lebih, ini tidak termasuk dalam istilah berkatnya kewangan mereka kerana masih memikirkan ketidakcukupan rezeki Allah.
Saya teringat kata-kata seorang ulamak dari Pakistan, "org yg kaya adalah org yg tidak berhutang dan tidak mengimpikan kekayaan serta tidak kisah banyak atau sedikit duit dalam dompet".
Gambar di bawah merupakan gambar yg pernah keluar di akhbar Berita Harian beberapa tahun yang lalu yang mengisahkan rakyat negara China yang terpaksa membawa anak ke tempat kerja dan mengikat anak di penjuru dinding kerana tidak mampu mencari pengasuh, namun terpaksa juga bekerja bagi menyara hidup.
Semoga penulisan ini ada manfaat untuk saya dan semua.
"Ya Allah ,jadikanlah kami kaya akhirat dan peliharalah kami dari fitnah dunia"
14022015

Sedih kan?

No comments:

Post a Comment