Saturday, August 15, 2015

Ali Baba Bujang Lapuk dan 40 Penyamun

Sy pasti semua pernah tengok dan hafal jalan cerita filem P Ramlee : Ali baba bujang lapuk dan 40 org penyamun. Klu perasan, ketika keluar dari gua nak ke bandar. Ada yang memakai pakaian Tok Hakim, koboi,doktor dan lain2..
P Ramlee nak beritahu bahawa penyamun di negara kita ada bermacam2. Sindiran yg penuh makna , realiti pada pentas malaysia skrg....
Penyamun pun ada ustaz/ustazah utk menjustifikasi hak menyamun.
Penyamun pon ada persatuan penyamun yg kebal dr undang2.
penyamun pon ada doktor. Penyamun doktor kata "kurang vitamin C"
Penyamun pn ada dr kalangan hakim yg menentukan si pencuri harta mereka (kassim baba) bersalah n patut dipancung ataupun tidak.
Orang kaya boleh berpakat dengan penyamun, sewaktu org kaya meminta ketua penyamun menyamun rumah sendiri disebabkan bininya yg boros.
Chief penyamun: kamu Momotaro-San, gaji kamu 150 dirham. sarjan, gaji kamu 30 dirham sebab byk amik "I O U".
-
satu jek respek kat penyamun2 tu... walau depa dikelilingi ngan emas dalam gua mereka....tapi tak curi hasil organisasi sebab masing2 da terima gaji dari ketua penyamun.....kalau tak cukup, p cari rezki lain kat luar walaupun menipu....tetapi tidak menipu organisasi dan bos.......

berbeza ngan penyamun zaman sekarang.....walau dapat gaji....tapi masih lagi mencuri khazanah negara...bila kantoi, tubuh team penyiasat yg terdiri dr org2 sendiri...bila makin barah, dipecat org itu dan ini
Sekadar utk renungan, mesej yg sangat mendalam dari karya Allahyarham P. Ramlee.
Kredit Fauzi Pouji + edit by me
" Ramlee : "... sarjen!! siapkan orang kita, kita pegi rompak rumah Kassim Baba!''..
Bin Sarjen : "sori chip!! hari ini hari sabtu, setengah hari, esok hari minggu, holiday.. kalau chip nak rompak, hari senin boleh laaa ..."

" Kau Sungai Road punya penyamun dah.. Makan belacan! Aku suruh kau pergi pangkah rumah Kassim Baba, apa pasal yang kau pergi pangkah 'rumah kecik'? Engkau tahu berapa rugi aku hari ini kena beli minyak wangi? Bodoh. Bahlol. Unta. Baghal. Kelabu asap"



No comments:

Post a Comment