Kejayaan dalam berniaga tidak boleh ditimba melalui buku. Ia tiada dalam mana-mana buku. Mungkin ada, itupun sekitar cerita bagaimana dia mula-mula susah, berusaha dan akhirnya berjaya.
Skill berniaga, teknik berniaga, cara berniaga? Jarang diceritakan dalam buku 100%. Yang ada mungkin ideologi tetapi bukan praktis. Praktisnya ada di mana? Hanya ada dari pengalaman.
Pengalaman susah payah meredah jammed, pangalaman ditipu peniaga, pengalaman rugi, pengalaman motor pancit ketika urusan berniaga, pengalaman menaiki train/bas untuk berniaga, pengalaman balik lewat malam dan sebagainya.
Kata kawan saya, pengalaman adalah guru yang kejam. Seorang lulusan PHD dalam perniagaan pun belum tentu boleh jadi berjaya dalam perniagaan berbanding seorang kuli yang bekerja keras saban hari dalam perniagaan, tiada ilmu PMR, SPM, DIP apatah lagi DEG, biasa ditipu, belajar secara praktikal (bukan teori) selok belok bisnes dan lain-lain pengalaman. Kata guru saya pula, nak belajar bisnes, jangan belajar dari buku, belajarlah dari orang yang ke
dekut ilmu bisnes kerana dia tahu nilai ilmu bisnes itu (namun janganlah kedekut ilmu).
Jadilah peniaga yang beriman. Yang tiada dalam hatinya keinginan untuk kaya, mashur dan lain-lain. Kata ulamak, Abu Bakar ra, Uthman ra, dan Abdul Rahman r.a. tidak pernah meminta untuk kaya, tapi Allah lahirkan mereka di kalangan orang yang pandai berniaga supaya menjadi contoh kepada peniaga akan datang bagaimana berniaga yang disukai Allah.
Mereka rugi atau untung sama sahaja kerana untung dan rugi tiada dalam hati mereka. Kita baru rugi rm30 dah rasa macam hilang dunia, baru kereta calar sedikit dah rasa nak marah semua orang, baru terima gaji rm4k dah terbit rasa dalam diri, alangkah beruntungnya kalau gaji macam dia, rm5k.
Sebab apa, dalam hati masih ada cinta dunia, cinta kereta, cinta duit dan lain-lain. Ramai ustaz yang cerita jadilah orang pandai meniaga seperti Abdul Rahman b Auf r.a. namun tak ramai yang menceritakan jadilah peniaga yang pemurah seperti Abdul Rahman bin Auf ra.
Nabi saw pernah mendoakan , lahirkanlah aku dikalangan orang miskin dan bangkitkanlah aku di kalangan orang miskin.
Ya Allah, jadikanlah saya kaya seperti kayanya hati rasulullah saw.
Fadzil Khairi, tepi jalan stesen LRT Jalan Tar.
Sahabat saya gigih berniaga |
22/12/2014 21.36
No comments:
Post a Comment