Thursday, February 26, 2015

Bisnes Maharaja Lawak Mega

Siapa penah join MLM? Ia bukan maharaja lawak mega. MLM adalah short form kepada Multi Level Marketing. Sy pun pernah join MLM masa belajar dulu kerana keinginan yang kurang cerdik untuk kaya cepat seboleh-bolehnya keesokkan harinya.

Saya pasti sehingga kini tentu masih ada yg join MLM dan sy pasti ramai yg tidak sokong pandangan sy ini. Ingin sy tegaskan ini hanya pandangan peribadi, tidak ada kena mengena dgn mana2 parti politik, parti bisnes atau parti jenama sesuatu produk. Sy hormati pandangan bijak pandai anda, diharapkan juga anda hormati pandangan bodoh sy ini.

Konsep syarikat MLM ialah konsep piramid (mesti yg kaki MLM x puas hati ngn klausa ni)... Ok sy tukar... Konsepnya adalah konsep kon. Yg atas (pengasas dan org2 awal2 yg join) akan terus kaya raya hasil dari 'tajaan' org bawah yg join hasil dr pelawaan, pujukan, rayuan, omokkan kekayaan dll.

Mereka (org level atas ini) akan menjejaki pelanggan2 baru terutama student (yg banyak duit pinjaman PTPTN), org kampung (yg lurus, bendul, tiang dan bersifat ingin jd jutawan pd keesokkan harinya-mcm aku dl) dan mereka2 yg baru kerja dengan pedapatan bawah dr rm 2 dan 3k). Pelanggan-pelanggan baru ini akan dibawa ke hotel2, restoran2 dan dewan2 yg memerlukan kos penajaan yg tinggi. Pelanggan2 ini akan dilayan seperti raja dengan ayat2 "hangpa blh minum n makan apa sahaja, order, big bos bayar"

Yang 1st time join mesti kagum...wah bisnes apakah ini? Muda2 da pakai Merc, BMW dll.Kayanya mengalahkan gaji pemain JDT.. Safee Sali pn x sekaya macam ni sampai boleh belanja 1 kampung makan n minum. Aku pulak jenis jahat sikit, selepas aku faham kaedah pemasaran depa, aku just join utk makan2 je. Tiap minggu aku join dengar depa membebel sambil belasah lamb chop setiap kali join ceramah.

Masih ingatkah anda sekitar tahun 2004-2006, iaitu tahun2 kesuburan kelahiran berbagai jenis syarikat MLM, majlis fatwa telah mengeluarkan pengharaman kpd beberapa syarikat MLM berikutan jenis perniagaan yg gharar (tidak jelas), menindas (yg atas terus kaya raya, yg bawah hanya bermimpi utk kaya), tiada jual beli produk (hanya wang pendaftaran) dll... Fatwa ini muncul berikutan ramai yg complain aku tak kaya2 macam depa walaupun da bnyak keluarkn duit dan masa yg dihabiskan.

Sebelum pergi jauh, kita pergi kepada konsep. Macam mana MLM ini buat duit? Untuk pengetahuan anda, dahulu MLM ini berkembang melalui duit bayaran pendaftaran customer yg nak join. Sekali join rm100-rm2000 (bergantung kepada skim yg ditawarkan). Lagi banyak join, lagi cepat boleh pakai Lambhorghini.

Pelanggan2 MLM ini dikehendaki mencari followers baru utk join. Duit pendaftaran followers inilah sebenarnya income yg tiada henti yg akan dimiliki oleh level2 atasan.  Pelanggan2 baru ini akan dibawa ke seminar2 gah yg dianjurkan pemilik. Siapa yg pergi seminar rata2 tersihir dgn kekayaan yg dijanjikan. Sebab itu makin ramai yang join, makin ramai yang muflis akibat harta, duit n tanah2 di kampung yg habis dijual sbb nak pakai Messerati punya pasal pada minggu berikutnya.

Sekitar tahun 2005 juga, majlis fatwa umumkan haram kepada beberapa MLM kerana urusniaga yg gharar (tidak jelas) kerana tiada produk untuk transaksi jual beli dll. Pemilik2 MLM ini tidak berhenti di sini. Mereka mewujudkan produk. Ada produk kesihatan, kecantikan dll. Konsepnya pula diterbalikkan. kalau dahulu yuran pendaftarannya mahal, sekarang produknya plak yg mahal. Produk2 ini plak ada banyak skim dr rm100-rm2000. Sapa yg ambik rm2000, minggu dpn confirm boleh pakai Bentley.

Sy pernah tanya, kenapa produk ni tidak diiklankan melalui media massa mcm TV, paper, majalah dll? Kan lebih cepat. Banyak alasan x logik akan diberikan. Antaranya nak tolong org melayu laa, kalau jual kat kedai harga makin meningkat laa dll. Sebenarnya melalui sistem MLM inilah income mereka dijana tanpa henti. Yg atas terus senyum, yg bawah terus termimpi2 nk pakai Roll Royce.

Dahulu selepas difatwakan haram kerana menindas org bawahan, MLM hari ini telah menukar beberapa konsep. Sistem piramid tidak digunapakai lg. Mereka mengubah statement dengan mengatakan bahawa skim ini tidak menindas, jujur, amanah, telus, mesra pengguna dan company tidak akan lari @ hilang mcm MLM yg lain. Kata mereka lagi, yg atas tidak semestinya kaya. Buktinya adalah beberapa individu 2nd level lebih kaya dr 1st level.. Hanya beberapa, bkn semua, cuma 2-3% shj yg dijaja ke sana dan ke sini. Mereka melaungkan slogan pencapaian didahulukan, customer diutamakan, next week hangpa da blh drive Buggati Veyron.

Inilah hakikat MLM. Benar atau tidak terpulanglah kepada sesiapa yg pernah join, masih join dan yg da berjaya pn setelah lama join. Sy tidak mahu komen apa2. Cuma nk bawa semua org berfikir, kalaulah program MLM ini bagus di sisi Islam, tentu Allah dah ajar nabi dan para sahabat berniaga menggunakan konsep ini sebagai tauladan kepada generasi akan datang. Bagi sy program MLM ini tidak lari dari platform skim cepat kaya.

Belajarlah bisnes yg mengajar erti susah payah. Jangan belajar bisnes yg nak senang dan terus kaya dalam jangka masa pendek. Bagi sy, bisnes MLM ini hanya melahirkan insan yg statik. Pemikirannya hanya fokus kepada bagaimana nk cari down line, bagaimana nk capai level berikutnya, bagaimana nk pakai kereta mewah pd bulan berikutnya dll.

Berlainan dgn bisnes lain, walaupun bisnes itu meniaga pisang goreng di tepi jalan, tetapi mindanya lebih terbuka kepada idea-idea bisnes seperti startegi pemasaran, penjenamaan produk, promosi dll sehingga menjadikannya bisnesman sejati bukan bisnesman Maharaja Lawak Mega.

Peniaga online bodo-bodo,
Fadzil Khairi
26022015

Usaha cari wang sendiri daripada masuk skim cepat kaya

No comments:

Post a Comment