Didik anak anda berniaga sejak daripada kecil... Kenalkan kepada dia apa itu jual beli... Fahamkan dia duit tidak datang dari poket mak ayah, duit boleh datang poket mereka sendiri... Latih anak anda nilai 10 sen sehingga seringgit... Lakukan transaksi jual beli di rumah atau paling kurang sistem barter (tukar barang atas dasar suka sama suka) antara ibu bapa dan mereka.. Praktikalkan dia sifat ingin berkongsi barang milik peribadi, sifat ingin belanja kawan-kawan, sifat pemurah meminjamkan barang peribadi dan lain-lain.
Sifat ingin tahu mereka berada pada tahap tertinggi sekitar 2 hingga 4 tahun. Mereka akan terus bertanya dan bertanya apa yang mereka lihat, apa yang kita buat. Ajari mereka berinteraksi dengan jemaah surau/masjid. Ajari mereka matematik mudah. Kalau mereka tidak pandai, cari alternatif supaya mereka berusaha untuk pandai.
Saya semasa di darjah 3, masih lagi tidak tahu menulis, apatah lagi mengeja. Apa yang ayah saya buat, dia belikan saya komik kungfu (alam perwira, dewata raya, anak-anak wira dan lain-lain). Dalam masa sebulan, saya mampu membaca dan mengaja serta menulis dengan baik sekali sehingga guru di kelas bertanya, "fadzil, awak pergi tuisyen kat mana, bagus pencapaian awak dalam masa yang sangat singkat." saya menjawab " saya tuisyen dengan Ji Fat, Juara, Harimau Hitam serta Naga Merah cikgu"...
![]() |
Ajar Naufal cop borang pos laju |
![]() |
Ajar Naufal packing tudung berniaga online..hehe |
(karektor komik yang aku gilakan sehingga tingkatan 5)
No comments:
Post a Comment