Saturday, February 28, 2015

Kaya Akan Datang Setelah Mahir Berniaga

Berniagalah sekali pun anda telah kaya
- hassan Al Banna
Saya mula berniaga seawal umur 12 tahun apabila diajak jiran sekampung menjual hasil tanaman di pasar tani Kuala Lipis, Pahang. Saya berjaya menjual tempoyak dalam palstik kecil berharga sekitar rm4.00. Saya tidak nampak apa keseronokan berniaga waktu itu kerana terpaksa mengangkat barang dari kampung,naik bas, turun bas,mengemas dan kembali semula ke kampung dengan menaiki bas.
Ya, kerjanya renyah dan menyampah. Namun Saya ketemu juga keseronokannya apabila jiran memberi upah rm10 kerana berjaya menjual tempoyak berharga rm4. Inspirasi ini membuatkan saya lebih bersemangat menjual pada minggu-minggu berikutnya.
Saya mula menyelami dunia perniagaan secara separa serius semenjak belajar di uitm. Antara produk-produk yang pernah saya niagakan adalah nasi lemak, perkhidmatan printer, perkhidmatan top up, keropok bawang, dadih,penghantaran nasi goreng terus ke rumah dan mengambil upah menggosok pakaian.
Ya untungnya tidak besar, hanya sekadar cukup untuk saya gunakan keluar negara (atas urusan agama) dan berkahwin pada usia muda. Tetapi kepuasan menerima keuntungan berniaga lebih dinikmati berbanding menerima gaji bulanan daripada majikan.
Belajarlah berniaga bukan untuk kaya. Kaya akan datang setelah anda mahir berniaga.

Sahabat saya ini pandai berniaga tudung online

No comments:

Post a Comment