Friday, August 14, 2015

Masa Berkualiti Bersama Anak Adalah Rezeki

Salah seorang bekas pelajar tuisyen fizik dan add math (batch pertama) sy baru baru shj mengucapkan selamat hari guru kpd sy.
Itu bukan persoalannya. Sy tidak menagih balasan, ingatan mahupun hadiah atas hasil ilmu yg dicurahkan. Itu semua tidak penting bg sy... Sy sudah cukup puas jika ilmu yg disampaikan telah bg manfaat kpd para pelajar sy termasuk ilmu pemasaran yg sy baru ajar akhir2 ini.
Berbalik kpd kisah pelajar tuisyen fizik sy td, beliau merupakan salah seorang yg boleh dikelaskan sedikit ketinggalan berbanding rakan2nya. Namun setiap kali kelas tuisyen sy, sy akan meluangkan sekitar 10minit utk tazkirah ataupun motivasi kpd mereka.
Kata sy kpd pelajar2 yg sedikit ketinggalan ini, jgn sempitkan pemahaman "rezeki" hanya kpd sesuatu yg kita selalu faham bahawa itu ialah rezeki.
Bg pelajar - rezekinya ialah dapat keputusan cemerlang, straight A dan no. 1 di dalam kelas
Bg ibu bapa - rezekinya ialah dapat naik gaji dan kaya
Bg pemancing ikan - rezekinya ialah bilamana umpannya dimakan ikan
Ini ialah beberapa konsep rezeki yg saban waktu kita terapkan di dalam pemikiran sehingga menjadikan kita kurang bersyukur.
Ada ibu bapa yg kaya raya, tp anaknya punah belaka, penagih dadah, penganggur, sosial dll... Apakah erti rezeki kaya raya pada mereka?
Ada ibu bapa yg miskin, anaknya pula sgt ramai, tp keluarganya harmoni. Harmoni yg tidak dapat dibeli dgn wang ringgit. Bila anaknya besar, anaknya menggembirakan hati org tua. Time raya, rumahnya yg paling meriah berbanding rumah org kaya... Inilah rezeki.
Bg pelajar, mungkin hr ini anda gagal dlm pelajaran. Tp percayalah, ini bukan bermakna rezeki anda berhenti di situ. Ada kisah seorang pelajar perempuan yg paling bodoh di dalam sekolah, dicemuh cikgu dan keluarga. Ditakdirkan Allah, selepas tamat spm, dipinang oleh org kaya. Bukan kerana wajahnya cantik, tapi inilah percaturan Allah. Diringkaskan cerita, akhirnya kehidupan wanita bodoh ini lebih senang dr kehidupan pelajar straight A spm. Inilah rezeki.
Hr ini sy cukup gembira mendapat berita pelajar sy tersebut mendapat anugerah dekan 2 semester berturut-turut dgn mengekalkan keputusan cgpa 3.75 bg semester kedua. Inilah rezeki yg Allah tahankan utknya sewaktu spm dahulu dan Allah berikan semasa di universiti. Kadang2 org yg cemerlang waktu spm pn tidak dapat menandingi pencapaian pelajar kurang cemerlang spm sewaktu di universiti.
Hr ini kebanyakan dr kita hanya nampak rezeki adalah duit dan berjaya. Ramai yg kurang nampak bahawa masa kualiti bersama keluarga juga adalah rezeki, masa berkualiti bersama Allah juga adalah rezeki, dapat bg masa dan harta untuk agama juga adalah rezeki, keluarga yg bahagia juga adalah rezeki, pekerjaan yg x presure juga adalah rezeki dll... Semua ini kita akan pandang ia sbg rezeki jika kita bersyukur dan tidak tamak utk menjadi kaya.
Fadzil khairi
17052015




No comments:

Post a Comment