Friday, August 14, 2015

Tulisan Ini Untuk Membuang Cinta Saya Kepada Duit

Ramai di antara kita hr ini masih bertuhankan duit, termasuk sy...
Buktinya? Bila poket banyak duit, muka ada senyum, bila poket kering duit, muka ada sedih - ulamak kata dlm ht masih ada keyakinan bahawa duit bg manfaat... Klu xda Allah, x pernah risau mcm masa kita xda duit td... Inilah syirik halus (syirik khafi) yg nabi Muhammad saw sgt risaukan akan terjadi pd ummat ini.
Bilamana kita hr ini bertuhankan duit, akhirnya Allah akan cabut ketawakallan hamba dia pd Allah, Allah akan jadikan kemiskinan terbayang2 di depannya, fikirannya hanya pikir bagaimana nk tambah duit shj, sehingga duit ratusan ribu pn masih fikir x cukup dan perlu ditambahkan lg dgn buat side income, pelaburan, bisnes itu dan ini...
Sehingga duit dlm tgn pn x dapat digunakannya dan menjadikan dia org paling rugi bilamana harta dia, dia sendri takut nak guna kerana bimbangkan habis dan miskin, lalu harta itu diwariskan kpd anak pinak...dan anak pinak pn sama, jenis takut miskin dan kedekut dgn Allah, lalu Allah wujudkan perkara yg sama.. Hal ini akan berlaku jika tiada usaha mengislahkan diri dan membuang cinta dunia dr hati.. Dan hr ini ramai yg tahu, ramai yg ada ilmu, tp hakikat ilmu itu tidak masuk dlm ht dan Allah akan tanya kelak di akhirat...
Mutakahir ini ramai org kata "jom bebaskan diri dr belenggu kemiskinan"..
Pada sy, ini pandangan yg salah.. Pandangan yg tepat ialah " jom bebaskan diri daripada ketakutan kpd kemiskinan..."
Gantikannya ketakutakan kpd kemiskinan ini kpd ketakutan kpd Allah dgn menjadikan duit hamba kita... Xda duit xpe, jgn xda Allah...
Bukan maksud di sini mesti jd kaya baru x takut miskin... Cuma x payah risau klu xda duit, x payah risau dgn kemiskinan, x payah sibuk duk kejar kekayaan... Allah x pernah sesekali janjikan kejayaan dlm kekayaan....
Dan Allah juga mengangkat agama dr golongan2 yg miskin, serta nabi sendiri cintakan org2 yg miskin dan nabi sendiri pernah berdoa utk dilahirkan serta dibangkitkan bersama org miskin. Nabi takut di dalam rumah nabi ada harta. Xda hadis yg bgtau nabi suh simpan duit mcm kita simpan dlm bank dan hati hr ini.
insyallah bila lari dr dunia, Allah akan suruh dunia kejar kita mcm bayang2
Tulisan ini utk membuang cinta sy kpd duit, cinta kpd kaya dan takut kpd miskin dari hati sy, supaya bila sy mati, hati sy bersih dr "tuhan-tuhan" ciptaan rothschild ini. Semoga ada manfaat pd pembaca
Fadzil khairi


Makhluk yang perlu dibuang dalam hati

No comments:

Post a Comment