Segala puji bg Allah yg telah memberi sy sedikit peluang utk bersama2 pelajar2 hafiz dan alim dr 2 madrasah (miftahul ulum, sri petaling dan sg besar) dalam rangka kerja usaha agama selama 40hr di kawasan Merbok, Sg. Petani, Kedah baru2 ini.
Bersama mereka terasa betapa sejuknya perut ibu yg mengandungkan generasi penghafal Al Quran ini. Hampir 1/2 dr kehidupan mereka saban hari hanya dihabiskan utk menghafal kalamullah ini. 3 org daripada 8 org para pelajar dlm jemaah sy ini sudah pn shahadah (tamat) dlm penghafalan kesemua 30 juzuk, lebih dr 6200 ayat ini dan kini sedang dalam tahun2 terakhir utk menamatkan pengajian mereka dalam bidang alim.
Di sini telah menarik minat sy utk menulis mengenai pandangan umum masyarakat kita mengenai 'kesanggupan' menghantar anak utk belajar agama (baik hafiz quran @ belajar alim).
Kebanyakan dr kita ada berpendapat bahawa menghantar anak utk belajar agama seumpama menyediakan masa depan yg suram utk anak mereka. Mereka bimbang anak mereka td akan hidup kais pg makan pg dan kais petang makan petang, tidak mampu beri duit kepada mereka bila besar, tidak mampu beli kereta, rumah ataupun berkahwin. Hidup mereka sekadar dihabiskan di masjid dan surau serta sukar utk meneruskan hidup.
Selain itu ada juga yg beranggapan bahawa mereka yg menghantar anak2 mereka ke madrasah @ utk belajar agama adalah dr kalangan famili yg kaya raya. Lepas habis belajar, blh sambung legasi bisnes mak pak atau sekurang2nya boleh makan duit mak pak yg da siap sedia dikumpul utk anak2 mereka.
Umum juga ada yg beranggapan bahawa kalau anak yg x pass UPSR ataupun SPM, sesuailah hantar ke madrasah.. Anak2 yg dapat straight A hukumnya seolah2 "haram" kalau mereka dihantar belajar ke madrasah utk belajar hafiz dan alim. Meraka yg berjaya dlm akademik ini "wajib" dihantar utk mendalami ilmu kedoktoran, kejuruteraan dan perniagaan.
Ini semua ialah pandangan mereka2 yg tiada keyakinan terhadap rezeki Allah. Seolah-olah Allah hanya beri rezeki kpd org2 yg bergelar ir, dato', Tan sri, Dr. dan lain-lain. Seolah2 rezeki 'besar' itu hanya datang lulusan universiti2 ini shj.
Sy suka melihat para pelajar alim dan hafiz ini, keyakinan mereka terhadap rezeki Allah cukup kuat mengalahkan produk2 universiti. Kata salah seorang pelajar2 ini kpd sy, "bang, biarpun kami ini keluar dr pondok2 serta madrasah2 dan nama kami juga sukar berada dalam sektor kerajaan mahupun swasta, tp sekurang2nya kami ini dimuliakan Allah di hari akhirat nnt kerana di dunia dulu kami antara yg manusia yg menghafaz kalamullah dan belajar serta mengajar agama. Sambungnya lagi "jikalau ditakdirkan kami miskin di dunia srkalipun, biarlah... Jangan miskin di akhirat sana kelak".
Kata2 dr pelajar berusia 18 tahun ini cukup menyedarkan diri sy yg berusia 10 tahun lebih tua dr beliau. Sy teringat antara kata2 beliau lg, "kalaulah kita ni da x sempat nak jadi hafiz, sediakanlah anak/waris kita sbg hafiz. Kalaupun itu tidak mampu, belanjakanlah harta kita utk membiayai para pelajar hafiz dan alim yg menyimpan ilmu kenabian di dalam dada mereka". Mudah-mudahan Allah menerima niat kita kelak.
Semoga Allah pilih sy hafiz Al-Quran.. jika tidak pun, semoga Allah pilih zuriat keturunan sy hafiz Al-Quran dan alim... Semoga juga para pembaca.. Aminn
Doakan nama sy yg penuh dosa ini
Fadzil khairi
14072015
No comments:
Post a Comment