Saturday, August 15, 2015

Kisah Ibu Yang Anda Perlu Baca

Kuliah yg sgt baik...sewaktu sy ke shah Alam utk mendaftar dewan kuliah utk seminar pemasaran internet pd 23 ogos nnt, sy singgah di surau Al ittihadiah, seksyen 9, Shah Alam.
Sementara menunggu waktu zohor masuk, surau ini menghidangkan sedikit santapan rohani. Tersentuh dgn kisah yg disampaikan Ustaz yg memberi kuliah td.
Katanya, di tempat dia mengajar, terdapat seorang jemaah lelaki yg menjaga ibunya yg telah tua dan sakit di kala anak2 lain kurang bersedia utk menjaganya.
Ibunya tersebut telah uzur dan terpaksa dipakaikan lampin pakai buang kerana tidak dapat mengawal kencing dan berak dgn baik.
Sewaktu kali pertama beliau membasuh berak ibunya, terlintas di hati beliau untuk memakai sarung tgn plastik. Ye lah, manusia... sifat geli pasti ada. Lagi2 dgn najis orang tua yg sakit yg lain dari yg lain dr segi warna, bentuk, bau dan rasa.

Matanya Gelap Tetapi Hatinya Terang

Selepas solat isyak td di surau Al falah presint 9, kami beberapa org duduk dlm rutin harian kami, mendengar beberapa baris hadis Nabi saw berkenaan iman, solat, ilmu, ikram muslimin, ikhlas dan dakwah.
Hr ni majlis kami disinggahi oleh seorang ahli qariah kami yg kebetulan terdengar suara kami membacakan hadis2 ini. Sebelum ini pernah juga beliau duduk, namun hr ini sy berkesempatan berbual panjang dengannya.
Namanya mohamad saad. Sy memanggilnya abg saad. Beliau seorang yg telah kehilangan penglihatannya sekitar umurnya masih kanak2. Ceritanya, penglihatannya hilang sendiri secara beransur2, sedikit demi sedikit hingga langsung tidak dapat melihat.

Pemikiran Graduan Hari Ini

Baru sahaja selesai ditemuramah oleh staf Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) utk majalah e - bulletin MCMC.

Temubual difokus kepada peluang-peluang serta konsep pemasaran bisnes yg terdapat menerusi penggunaan jalur lebar jika dimanfaatkan dgn betul.
Temubual juga berkisar perlunya kesedaran bisnes seawal usia remaja, kerana Nabi Muhammad saw juga meniagakan barang dagangan Siti khadijah r.a. ke Syam sebelum baginda berkahwin dgn khadijah di usia 25 tahun.
Kata sy, malang sekali hari ini, ramai graduan hanya mengharapkan bekerja dgn org. Lg gah majikan itu, lg cepat dia beli kereta dan post di FB. Graduan kini (termasuk sy yg brcakap) hanya mengharapkan sijil itu dan ini. Xda sijil, cgpa ckit, mamposlah aku nak cari keja camana. Pemikiran ini telah diterapkan semasa di dalam buaian lg dan ia telah sebati sampai tua bangka.

Ali Baba Bujang Lapuk dan 40 Penyamun

Sy pasti semua pernah tengok dan hafal jalan cerita filem P Ramlee : Ali baba bujang lapuk dan 40 org penyamun. Klu perasan, ketika keluar dari gua nak ke bandar. Ada yang memakai pakaian Tok Hakim, koboi,doktor dan lain2..
P Ramlee nak beritahu bahawa penyamun di negara kita ada bermacam2. Sindiran yg penuh makna , realiti pada pentas malaysia skrg....
Penyamun pun ada ustaz/ustazah utk menjustifikasi hak menyamun.

Seminar Pemasaran Online 2.0

Ini sahabat sy, ahmad akbarudin, seorang bekas engineer mekanikal yg pernah sy ceritakan dahulu. Beliau baru shj belajar pemasaran online ini awal tahun ini, 2 tahun lewat dr kami yg telah menceburi bidang ini sebelumnya.
Namun masa, pengalaman, skill bukanlah faktor utama utk brjaya. Bezanya dr kami, beliau fokus dgn usahanya. Jikalau jalan ini gagal, beliau akan gunakan jalan lain, tidak kenal erti jemu. Beliau mencuba setiap jalan yg ada sehingga menjadikan pencapaiannya dlm bidang online marketing setaraf dgn kami yg lebih senior 2 tahun darinya.

Friday, August 14, 2015

Berniaga Cara Abdul Rahman Bin Auf Hartawan yang Tiada Harta di Hatinya

Dlm dunia ini ada ramai ahli dunia dan ahli akhirat. Sy tidak kata org yg banyak harta itu ahli dunia dan orang yg sedikit harta itu ahli akhirat. Cuma fitnah harta itu sering terjadi pada mereka yg mengimpikan banyak harta, yg cintakan harta, yg yakin dgn harta, yg rasa tenang bersama harta, yg rasa x cukup2 dgn harta sedia ada.

Kisah Anak dan Bapa yang Menyayat Hati

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah…
Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..