Kuliah yg sgt baik...sewaktu sy ke shah Alam utk mendaftar dewan kuliah utk seminar pemasaran internet pd 23 ogos nnt, sy singgah di surau Al ittihadiah, seksyen 9, Shah Alam.
Sementara menunggu waktu zohor masuk, surau ini menghidangkan sedikit santapan rohani. Tersentuh dgn kisah yg disampaikan Ustaz yg memberi kuliah td.
Katanya, di tempat dia mengajar, terdapat seorang jemaah lelaki yg menjaga ibunya yg telah tua dan sakit di kala anak2 lain kurang bersedia utk menjaganya.
Ibunya tersebut telah uzur dan terpaksa dipakaikan lampin pakai buang kerana tidak dapat mengawal kencing dan berak dgn baik.
Sewaktu kali pertama beliau membasuh berak ibunya, terlintas di hati beliau untuk memakai sarung tgn plastik. Ye lah, manusia... sifat geli pasti ada. Lagi2 dgn najis orang tua yg sakit yg lain dari yg lain dr segi warna, bentuk, bau dan rasa.
Sewaktu terlintas utk menyarungkan plastik di tangan, beliau terfikir, sewaktu beliau masih kecil, ibunya x pernah pun membasuh beraknya menggunakan sarung plastik. Apakah rendah benar darjat syurga yg ingin dibayarnya ketika itu.
Dia pn membatalkan niatnya tersebut. Katanya, mudah2an, Allah memandang sedikit amalannya ini serta menjadikan asbab untuk masuk syurga.
Benar, Allah memasukkan kita ke dalam syurga bkn sebab amal ibadah kita yg menggunung, bkn juga melepaskan kita dari neraka disebabkan kita suci dari dosa.
Kadang2, Allah memasukkan kita ke dalam syurga disebabkan 1 amalan kita yg menyukakan Allah. Contohnya kisah pelacur yg memberi minum anjing, kisah pelawak firaun yg meniru-niru perlakuan Nabi Musa as, kisah seorang penyembah berhala yg tersebut salah satu dr nama2 Allah ketika mengantuk dlm zikir2nya memuji tuhan berhala, kisah seorang raja yg zalim yg membersihkan seekor anjing kurap dan menjaganya hingga baik dll lg kisah. Kesemua amalan ini menyukakan Allah sehingga menjadi asbab mereka terpilih dikeluarkan dr neraka dan memasuki syurga.
Kata Ustaz lg, buatlah seberapa banyak amalan baik, akhlak yg baik, budi pekerti yg baik, walaupun kecil kerana syurga Allah dibayar dgn rahmatNya, bukan kerana ibadah kita. Lagi2 dgn ibu kita, kerana syurga di bawah tapak kaki ibu.
Masih teringat lg kata2 doktor Fadzillah Kamsah, "hang nak masuk syurga, malam ni hang cium kaki ibu hang" ~ (berseloroh).
Semoga Allah bg sy dan tuan/puan taufik dan hidayah utk buat perkara yg Allah suka dan Allah redha.
Fadzil Khairi
13082015
---------------
Surau ni bagus. Lihat bisnes kad surau ni. Macam2 kemudahan n aktiviti.
No comments:
Post a Comment