Friday, August 14, 2015

Berniaga Cara Abdul Rahman Bin Auf Hartawan yang Tiada Harta di Hatinya

Dlm dunia ini ada ramai ahli dunia dan ahli akhirat. Sy tidak kata org yg banyak harta itu ahli dunia dan orang yg sedikit harta itu ahli akhirat. Cuma fitnah harta itu sering terjadi pada mereka yg mengimpikan banyak harta, yg cintakan harta, yg yakin dgn harta, yg rasa tenang bersama harta, yg rasa x cukup2 dgn harta sedia ada.
Sbb itu jugalah, Allah menjadikan 'contoh' mereka yg berharta yg juga ahli akhirat itu sedikit bilangannya disebabkan bahana fitnah harta ini. Bilangan yg sedikit ini sekadar utk menjadikan contoh dan jalan tauladan kpd mereka yg berharta bagaimana utk menggunakan harta yg diberi supaya masih berda di jalan ahli2 akhirat.
Salah seorang dr para sahabat yg berharta yg juga ahli akhirat ialah saidina Abdul Rahman bin Auf r.a. Beliau dimuliakan Allah utk menjadi salah seorang hartawan beriman yg tiada harta dlm hatinya. Beliau seorang yg dikurniakan Allah kemahiran dlm berbisnes.
Semasa di Mekah lg, beliau merupakan seorang hartawan. Sewaktu menyahut seruan hijrah, beliau telah berhijrah ke Madinah dgn meninggalkan segala harta2nya di Mekah demi menyahut seruan agama. Ini menunjukkan di dalam hatinya tiada disimpan kecintaan kpd harta yg dimilikinya. Hartanya jika hilang pn tidak menyedihkan beliau atau sedikitpun memberi kesan kpd hati beliau.
Setibanya di Madinah juga, beliau telah ditawarkan oleh sahabat dr kaum ansar utk menerima harta dan juga istri, namun beliau dgn baik telah menolak utk menerima harta dan istri td. Yg dimintanya, hanya utk tunjukkan di manakah letaknya pasar.
Saidina Abdul Rahman b Auf ra telah memulakan perniagaan beliau di muka bumi Madinah yg pasarannya dikuasai oleh orang yahudi. Beliau telah membeli unta dan menjual unta pada harga yg sama. Proses jual beli unta dilakukan sebanyak yg mungkin sehingga ada riwayat yg mengatakan bahawa beliau telah membeli dan menjual unta sehingga mencecah 1000 ekor sehari.
Nampak seperti tidak ada untung, beli dan jual pd harga yg sama. Di sini beliau menggunakan teknik 'untung kecil tetapi banyak'. Konsepnya, biar untung sedikit tetapi dlm kuantiti yg besar. Setiap unta yg dibeli, beliau telah mengambil tali kekang dan mengumpul tali kekang tersebut sehingga unta2 di madinah tiada tali kekang. Di sini, beliau telah menguasai pasaran tali kekang unta sehingga harga tali kekang telah naik mendadak berikutan kurangnya bekalan tali unta tersebut.
Kesemua saudagar unta terpaksa mendapatkan bekalan tali kekang unta dr saidina Abdul Rahman bin Auf r.a sehingga menjadikan beliau pelopor usahawan Islam paling berjaya di Madinah. Beliau antara sahabat yg telah mengubah landskap ekonomi madinah ketika itu yg sebelumnya dikuasi oleh org yahudi turun temurun.
Islam telah dtg membawa cahaya agama dgn mengharamkan riba dan memperkenalkan ekonomi islam yg tidak menindas. Namun kekayaan dan kejayaan dlm bisnes bukanlah maksud utama utk berjaya dlm agama dan akhirat. Jika ia tujuan utama, tentulah Allah telah menjadikan 124,000 para sahabat baginda kaya dan berharta seperti Abdul Rahman bin Auf r.a.
Kejayaan yg Nabi Muhammad saw saw bawa hanyalah di dalam mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya serta mengikut sunnah baginda Nabi saw. Itulah kejayaan yg sebenar kejayaan.
Semoga Allah lahirkan lebih banyak usahawan2 'Abdul Rahman bin Auf r.a.', saudagar yg tidak mengimpikan kaya, namun dimuliakan Allah dgn kekayaan yg tidak membarahkan hatinya yg sentiasa cinta pd Allah.
------------------
* ingin mendalami ilmu perniagaan Abdul Rahman bin Auf r.a. yg menggunakan konsep 'untung kecil tetapi banyak' ? Temui sy dan team sy di seminar pemasaran internet kami yg insyallah jika tiada aral melintang, ianya akan dilaksanakan pada 23 hb 8, 2015 (Ahad) bertempat di Shah Alam.
* seminar ini merupakan seminar pemasaran internet kedua kami. Seminar ini menggabungkan ilmu pemasaran menggunakan FB, instagram, wee chat dan lain2 medium. Team kami telah melahirkan ramai usahawan yg telah berjaya melonjakkan sales mereka sehingga ada yg x menang tgn.
Kami akan tunjukkan caranya, insyallah. Kpd yg berminat boleh berhubung dgn sy melalui msg fb, atau menghubungi sy dan rakan2 sy utk pendaftaran mahupun pertanyaan:
1. Mohamad fadzil ---- 019-2428608
2. Azlan ismail ---- 011-11797445
3. Hafiz Razali ---- 018-311 5997

Semoga beri manfaat utk kehidupan dunia dan akhirat sy dan juga tuan/puan.
Fadzil khairi
23072015






No comments:

Post a Comment