Saturday, August 15, 2015

Pemikiran Graduan Hari Ini

Baru sahaja selesai ditemuramah oleh staf Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) utk majalah e - bulletin MCMC.

Temubual difokus kepada peluang-peluang serta konsep pemasaran bisnes yg terdapat menerusi penggunaan jalur lebar jika dimanfaatkan dgn betul.
Temubual juga berkisar perlunya kesedaran bisnes seawal usia remaja, kerana Nabi Muhammad saw juga meniagakan barang dagangan Siti khadijah r.a. ke Syam sebelum baginda berkahwin dgn khadijah di usia 25 tahun.
Kata sy, malang sekali hari ini, ramai graduan hanya mengharapkan bekerja dgn org. Lg gah majikan itu, lg cepat dia beli kereta dan post di FB. Graduan kini (termasuk sy yg brcakap) hanya mengharapkan sijil itu dan ini. Xda sijil, cgpa ckit, mamposlah aku nak cari keja camana. Pemikiran ini telah diterapkan semasa di dalam buaian lg dan ia telah sebati sampai tua bangka.
Di barat, mereka membudayakan bekerja dgn sendiri dan lahirlah ramai golongan2 kreatif yg mampu bina kereta dan motor sendiri. Cth , American Chopper, mereka bina motosikal sendiri dan menjualnya berkali2 lebih mahal daripada jenama Harley n Davidson. Siap boleh hasilkan rancangan sendiri dan dijual kpd syarikat2 penyiaran.
Sy terbaca artikel (x tau la betul ke x), di Israel, setiap pelajar universiti mereka, baik yg ambil jurusan kejuruteraan, kulinari, kedoktoran, guaman dll, kesemuanya perlu mengambil subjek bisnes di semester yg pertama. Mereka dibahagikan kpd group dan setiap group mestilah menjalankan apa jua jenis bisnes. Di semester yg terakhir, setiap group mestilah mendapatkan keuntungan at least $ 1,000,000 jika mahu lulus cemerlang subjek tersebut.
Sebab itu klu kita lihat, produk makanan barat seperti KFC, pizza hut, hatta burger (burger king contohnya) dapat dikomersialkan hingga ke Sabak Bernam jauhnya. Itu baru bab makanan, belum bab kejuruteraan, rawatan, perfileman, teknologi dll.
Mereka hasilkan sendiri dan ilmu2 mereka kita kaji dan study di universiti2 !
Hari terakhir kelas tuisyen sy, sy ada mengingatkan pelajar2 sy, hangpa nak jadi engineer, jadilah engineer yg membuka pekerjaan kpd engineer lain. Nak jadi doktor, bukalah hospital yg mampu menyediakan ratusan peluang kerjaya doktor.
Hal ini akan tercapai, bila hangpa suma ada mindset "bisnes". Bisnes yg terbaik adalah bisnes yg bg manfaat pd org lain.
Fadzil khairi
31072015

--------
Sesiapa yg ingin mendalami ilmu pemasaran online, boleh mendaftar utk menghadiri seminar sy pd 23/8/2015 nanti di shah Alam.
Permohonan kelas personal coaching juga dibuka sepanjang masa. Hubungi sy di talian 019-2428608 utk maklumat lanjut



No comments:

Post a Comment