Friday, August 14, 2015

Bagaimana Mereka Hidup

Sy tidak dapat bayangkan bagaimana mereka berusaha utk hidup.
Sy yg berpengalaman ke taman negara beberapa kali menaiki bot panjang tanpa atap.
Kami di dalam bot sekitar 5-6 jam sehari dan perjalanan memakan masa 2 hr utk smpai ke lubuk kelah.
Klu waktu pagi sgt seronok dgn bayu lembut sejuk begitu meredah sungai berbumbungkan langit sambil melihat keindahan hutan di kiri dan kanan.
Namun pengalaman itu tidak seindah jam 12 tgh hr ketika matahari terpacak atas kepala. Rimbunan pokok camana pn, tetap terpaksa mencari kain lalu menutupi kepala dr hangatnya bahang matahari. Itupun anak sendiri da mula x brapa kenal n pelik kerana abhnya yg da sedia hitam, dihitamkan lg oleh sun burn.
Itu baru bab panas. Belum lg klu nk terkucil apatah lg nk terbuang air besar ketika sakit perut. Itupun bot boleh berenti2...
Inikan pula pelarian rohingya yg disekat menjejaki tanah berhari2 dgn anak kecil di atas bot, tongkang yg sarat dgn manusia yg tiada tempat membuang air, tiada bumbung, tiada air dan makanan. Bagaimana mereka bertahan dgn bahang matahari terutama anak2 kecil, bagaimana mereka yg mempunyai sakit, yg lapar dll sehingga sanggup minum kencing sendiri utk survival nyawa ke hembusan yg terakhir?
Allah... apa sy nk jwb dgn Alllah... Kejamnya kita... Apakah sudah brhari2 dan beratus kematian di atas kapal sana baru jam 4pm td pak2 menteri baru habis mesyuarat yg akhirnya barulah membenarkan perairan kita dibenarkan disinggahi mereka dgn 1001 syarat?


No comments:

Post a Comment