Ibu bapa adalah sumber aspirasi anak2... Setiap anak akan menjadikan ibu bapanya role model pertama dalam hidupnya... Setiap percakapan dan perbuatan ibu bapa akan cuba ditiru dan diikut oleh anak2 lg2 pada usia mereka 2 - 5 tahun.
Jadi jika ayah merokok, jgn marah jika anaknya juga merokok kelak... jika ayahnya panas baran, jgn salahkan ank jika anaknya suka meninggikan suara dan suka memberontak... jika ibu kuat membebel, jgn pertikaikan kenapa anaknya suka melawan ckp... jika ibu bapanya kedekut, anak2nya jgk kedekut taik hidung masin.
70% apa yg ibu bapa buat, anaknya akan jdikannya idola utk meniru... Tidak kira perkara itu positif atau negatif...
Justeru biasakan anak utk positif... Ajar mereka hobi kita yg positif... Bawa mereka ke surau... Ajar mereka berbisnes... Lembutkan hati mereka dgn bacaan hadis dan quran... Biasakan mereka utk melantun zikir, quran dan nasyid islamik... kenalkan mereka dgn alam flora dan fauna, bukan dgn gadjet yg melalaikan...
Hargai setiap pencapaiannya walaupun kecil. Jika dia melukis, pujinya "wahhh cantiknya abg lukis...ajar abah boleh x... Hebat laa " pujinya walaupun lukisannya seperti contengan...
Luangkan masa dgn hobinya... Banyakkan aktiviti outdoor dan wujudkan masa kualiti bersama mereka... Insyallah, mereka akan mencintai anda lebih dr sepatutnya...
Jadilah role model buat mereka sehingga mereka bgtau pd kwn mereka "sy nk jadi macam ayah dan ibu sy bila sy besar"
Fadzil khairi
05032015
![]() |
Naufal dengan alam sekitar |
No comments:
Post a Comment