Habit sy yg tak boleh diubah adalah sy pantang bila berjumpa dengan ikan seperti pantangnya lelaki berjumpa dengan perempuan. Mana-mana tempat sy pergi hatta pulang ke kampung, bercuti dll, sy akan mencari-cari kedai aquarium bersama anak sulung sy, Muhammad Naufal. Kadang-kadang bukan nak beli ikan pun, saja nk melihat ikan di zoo-zoo percuma ini. Hati kami anak beranak dapat di'energize'kan kembali melihat makhluk Allah yg unik ini.
![]() |
Naufal ikut jejak ayahnya suka ikan |
Namun dlm 1001 kedai aquarium yg sy pergi, sy x jumpa lg kedai aquarium yg tokeynya adalah melayu. Baik di kg sy (Taiping) ada 3 kedai aquarium kesemuanya tokey cina, di kampung isteri sy (Jerantut), ada 1 kedai aquarium je yg sy nampak (pun tokeynya cina), di kampung nenek sy, Kuala Lipis, kedai aquarium ada 2 dan tokeynya x lain x bukan dr mereka berkulit putih ini.
Dari permerhatian sy, 80% customer kedai-kedai aquarium ini adalah org melayu. Namun tiada org melayu yg mengambil peluang ini untuk membuka kedai aquarium. Mentaliti kita masih mahu makan gaji smpai mati dan hanya membeli barangan dr penjual cina. Bila ekonomi dikuasai orang cina, kita mula melenting, sedangkan kita sendiri masih di takuklama.
Sy pernah berborak dgn seorang chinese dlm keretapi sewaktu beriadah bersama anak sulung sy. Tak silap sy, nama dia Mei (apatah nama belakang dia), seorang pelajar UM. Sy berbual dgn dia berkisar dgn pemikiran kaum cina.
Dia kata, kami kaum cina diajar hanya untuk mencapai 2 matlamat. Matlamat pertama, berjaya dalam pelajaran. Jikalau kami dilihat tidak perform dalam pelajaran (tidak mendapat kedudukan top 10), keluarga kami akan terus beralih kepada matlamat kedua, menguasai selok belok bisnes. Berbisnes bermula kami sedar yg kami x boleh perform dlm pelajaran, bukan bila kami confirm yg kami mmg x boleh pergi dalam pelajaran.
Sambungnya lagi, sebab kami sedar yg kami bukan berada di negara China. Kami hidup menumpang di negara orang, kami tiada keistimewaan sepertimana keistimewaan yg diperoleh oleh kaum bumiputera. Inilah survival kami sehingga kami menguasai ekonomi di negara ini. Jangan salahkan kami, kamu juga boleh berjaya.
Sy khusyuk mendengar kata-kata gadis berumur sekitar 24 tahun ini. Benar katanya, kita akan berusaha bila berada di zon survival. Sekarang kita masih di comfort zone, nak apa2 semua dapat, nk beli rumah, bank rakyat ada, nak mulakan bisnes, mcm2 badan nk bg bantuan, nak tender, guna je nama org ni, org tu, nnt dapatlaa...
Siapa pernah pergi Low Yat Plaza nk beli laptop, PC dan gadjet? kalau perasan sekitar tahun 2004 dahulu, majoriti peniaga-peniaga di sini adalah Chinese. Sekarang? 80% adalah dr warganegara Nepal, Pakistan dan Bangla. Cina tadi di mana? Mereka dah naik ke takuk seterusnya iaitu pembekal kepada warganegara kulit kurang cerah ini. Kita? Masih tidak berubah... di takuk zaman purba dahulu kala, pembeli tegar barangan mereka.
Teringin melihat org melayu yg pegang ekonomi Malaysia (tanpa pakai kroni, org dalam, subsidi, keistimewaan bumiputera dll). kejayaan org Melayu yg real bermula dari bawah dan susah payah. Bukan xda, ada... tp masih x ramai kalau nk dibandingkan org bukan Melayu.
Cita-cita sy nk buka kedai aquarium, alat pancing, pakej trip memancing dll kerana sy dan ikan sukar dipisahkan. Isteri sy kata, dia hanya tenteram jika sy hanya berpoligami dgn ikan shj.
Fadzil Khairi
No comments:
Post a Comment