Thursday, April 9, 2015

Saya Bos Kepada Bos Kitchen Awak

Di PICC, putrajaya tempat sy membuat lawatan kerja baru2 ini, sy telah singgah di bahagian kitchen...mak aiii besarnya kitchen, terbahagi kepada 3 bahagian, main kitchen, euro kitchen dan asia kitchen...  namun itu bukan perkara yg menarik minat sy apabila rata2 peralatan bernilai melebihi rm 50k.... sy tertarik kepada 1 situasi apabila caterer sedang memunggah something kedalam plastik besar...setiap trail yg lalu, kesemuanya dipunggah kedalam plastik tersebut...

minat sy berbunga utk mengetahui apakah benda yg dipunggah dgn begitu bersemangat oleh si caterer tersebut..seumpama semangatnya ingin berkahwin dgn neelofa... dgn tertib sy mendekati staff tersebut...staff tersebut melihat sy dgn hormat, mungkin kerana sy berbaju kemeja dan bertali leher..

sy terkejut kerana apa yg dipunggahnya adalah makanan...ya makanan...dan makanan tersebut adalah makanan  baru dan bukannya sisa makanan... ia adalah lauk pauk yg x habis...(ingt, ia bukan sisa, ia adalah lauk yg x hbis..)... kesemua lauk yg dipunggah adalah menu yg lazat2 seperti kambing kurma, ayam masak merah, udang masak 3 rasa dan sayur2ran high level...